Selasa, 25 Oktober 2011

TINTA GURU BESAR


Assalamualaikum Wrbkt,


Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang terlibat dengan penghasilan blog rasmi sekolah. Semoga dengan adanya weblog sekolah ini akan mempercepatkan lagi penyaluran informasi sejajar dengan perkembangan ICT. Saya berharap dengan adanya weblog ini akan dapat mengeratkan lagi siratul rahim antara warga SK. St. Anthony, PIBG, bekas pelajar mahupun pelajar yang masih lagi belajar di sekolah ini.
Semoga weblog sekolah ini akan dapat mempertautkan silaturahim dan hubungan muhibah dengan semua pihak, terutama warga sekolah, bekas-bekas pelajar dan para ibubapa sekolah ini, demi bersama-sama mempertingkat kemajuan dan kecemerlangan sekolah dalam menyelusuri arus pendidikan perdana di negara ini.
Oleh yang demikian, saya sangat berharap semoga barisan pendidik di sekolah ini akan mempertingkat kegigihan dan bakti mulia untuk sentiasa menjana kemerlangan sekolah ini ke mercu yang lebih gemilang. Saya sentiasa menaruh keyakinan bahawa barisan pendidik di sekolah ini berkemampuan menabur bakti untuk memperkasa lagi sekolah ini.
Di samping itu, saya juga berharap semoga para pelajar dapat mempertingkat ketekunan dalam usaha menimba ilmu, terutama untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. Sesungguhnya, ilmu dan pengetahuan akan menjadi obor yang sangat berguna dalam hidup sepanjang zaman.
Akhir kata, terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbangkan fikiran dan tenaga dalam usaha membangunkan blog ini.
Insya-Allah, mudah-mudahan sekolah ini akan terus cemerlang dan gemilang selaras dengan visi JPN, Perak Sentiasa di Puncak Kecemerlangan

Wassalam.

Abdul Samad bin Abd Rahman
Guru Besar,
SK. St. Anthony

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Design by kulaanku | Bloggerized by Unit ICT SKSA