Selasa, 25 Oktober 2011

TAWARAN TANDER KANTIN SEKOLAH

SEKOLAH KEBANGSAAN ST. ANTHONY
Jln. Sungai Nibong, Teluk Intan, Perak

KENYATAAN TENDER KANTIN SEKOLAH





1. Tawaran adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia untuk menjual makanan dan minuman serta menguruskan kantin SK. St. Anthony, Jln. Sg. Nibong, Teluk Intan untuk tempoh masa selama 2 tahun mulai 01 Januari 2012 hingga 31 Disember 2014.

2. Borang Tawaran Tender boleh didapati di pejabat sekolah mulai 15 September 2011 (waktu pejabat sahaja) Tawaran-tawaran yang tidak menggunakan borang tawaran tidak akan dipertimbangankan.

3. Tawaran Tender Kantin hendaklah dihantar dalam sampul surat yang berlakri dan bertanda di luarnya

“ Tawaran Tender Kantin SK. St. Anthony“ di bahagian atas sudut kiri. Borang serta dokumen-dokumen lain yang berkaitan hendaklah sampai ke pejabat sekolah pada atau sebelum 31 September 2011 jam 12 tengah hari. Tawaran yang lewat tidak akan dilayan.

4. Semua tawaran hendaklah disertakan dengan wang pertaruhan sebanyak RM200.00 (Ringgit Malaysia: Dua Ratus sahaja) dalam bentuk Kiriman Wang/Wang Pos/Bank Draf atas nama “GURU BESAR SEKOLAH KEBANGSAAN ST. ANTHONY” . Permohonan tanpa wang pertaruhan tidak akan dilayan dan dipertimbangkan.

5. Wang pertaruhan ini akan dikembalikan kepada yang tidak berjaya selepas keputusan tawaran tender diumumkan. Bagi yang berjaya, wang pertaruhan akan dikembalikan selepas tamat tempoh perjanjian.

6. Pihak sekolah tidak terikat dengan tawaran tender yang tertinggi atau sebarang tawaran. Pihak sekolah adalah berhak menerima atau menolak sebarang tawaran dengan tidak menyatakan sebarang sebab.

7. Dokumen-dokumen yang perlu dilampirkan bersama Borang Tawaran Tender Kantin ialah seperti berikut:

a)         Sijil Pendaftaran Perniagaan

b)         Sijil Kursus Pengendalian Makanan

c)         Sijil Kewangan (jika perlu)

d)         Butir-butir Peribadi dan surat sokongan / Perakuan pengalaman dalam usaha             perniagaan dan pengendalian makanan.

8. Penender-penender yang berjaya dikehendaki menandatangani satu perjanjian dengan pihak sekolah dan dikehendaki membayar wang pertaruhan keselamatan sebanyak RM200.00 dan bayaran tambahan sebanyak RM500.00 sebagai cagaran bil elektrik dan air.

9. Bayaran sewa kantin akan dikutip tiap-tiap bulan selama 12 bulan.


10. Keputusan Jawatankuasa Tender adalah MUKTAMAD dan sebarang bantahan tidak akan dilayan.

11. Anggaran bilangan murid, guru dan kakitangan bagi Tahun 2012 adalah:


1. Bilangan Murid : 201 oarng

2. Sesi Persekolahan : Pagi sahaja

3. Bilangan Guru/Staff Sokongan : 30 orang


Sekian, terima kasih


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA“

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Design by kulaanku | Bloggerized by Unit ICT SKSA